Kami di pihak sekretariat pasukan pengurusan Kongres Muda 2015 mengucapkan jutaan terima kasih kepada usahawan yang dapat hadir di Kongres Moda 2015, 22 Disember 2015 di Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

Pada mereka yang telah mendaftar untuk menghadiri Kongres, tetapi tidak berkesempatan untuk menyertai Kongres Muda 2015, segala perincian tentang usul Kongres Muda 2015, perbincangan dan juga cadangan dikemukakan akan kami siarkan kelak untuk perkongsian bersama.

Kongres Muda 2015 adalah kesinambungan dari tahun 2014. Ianya telah mencapai sebahagian daripada resolusi yang dicadangkan dahulu dan tahun ini akan terus dijalankan demi mencapai matlamat dan objektif pelaksanaannya.

“Kongres Usahawan Muda Bumiputera” diadakan sebagai satu wadah bagi usahawan muda untuk mencerna landskap ekosistem perniagaan baharu dan berkongsi maklumat dengan kerajaan tentang kekangan dan keperluan generasi usahawan muda bumiputera.

Bertemakan “Ekonomi Satukan Kita” – Menuju ke Persada Dunia, Kongres Usahawan Muda Bumiputera akan diadakan secara Town Hall berkonsepkan parlimen yang bakal dihadiri oleh kelompok usahawan-usahawan muda bumiputera yang akan meneruskan perjuangan dalam menghasilkan dan meneruskan roadmap untuk usahawan bumiputera selaras dengan dasar kerajaan dalam memperkasakan agenda ekonomi bumiputera dan juga menambah nilai usahawan muda sedia ada didalam aspek akses kepada pasaran, kewangan dan pembangunan kapasiti.

  • TUBE  –Tunas Usahawan Belia Bumiputera – 500 belia
  • USAHAMUDA – akhbar ekonomi Bahasa melayu – 200,000 edaran

  • OTOMOTIF – program peningkatan bengkel – 500 usahawan otomotif

  • MBO – Malaysia Brand Outlet

  • DATABASE – Berjaya mengumpulkan 50,000 data usahawan
  • Youth Export Accelerator Program
  • CONTACT US

    We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

    Sending

    ©2017 Creative Design a premium and multipurpose theme from Lynux Solutions

    Log in with your credentials

    Forgot your details?